Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PENCEGAHAN KEGANASAN 2015

Seksyen 13

(a)

laporan lengkap penyiasatan yang dikemukakan di bawah subseksyen 3(4); dan

(b)

laporan Pegawai Siasatan yang dikemukakan di bawah seksyen 12,

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 769

berpuas hati berkenaan dengan mana-mana orang bahawa orang itu telah atau sedang terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing, Lembaga boleh, jika Lembaga berpuas hati bahawa adalah perlu demi kepentingan keselamatan

Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia yang orang itu ditahan, melalui perintah (“perintah tahanan”) mengarahkan supaya orang itu ditahan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun.

(2)

Tiap-tiap orang yang ditahan menurut suatu perintah tahanan hendaklah ditahan di mana-mana tempat (“tempat tahanan”) yang diarahkan oleh Lembaga dan mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 34.

(3)

Jika Lembaga berpuas hati bahawa bagi maksud yang disebut dalam subseksyen (1) adalah perlu supaya kawalan dan pengawasan dibuat ke atas mana-mana orang atau bahawa sekatan dan syarat patut dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktivitinya, kebebasannya bergerak atau tempat kediamannya atau tempat kerjanya, tetapi tidak perlu menahan orang itu bagi maksud itu, Lembaga boleh melalui perintah (“perintah sekatan”)

mengarahkan supaya orang yang dinamakan dalam perintah itu

(“orang sekatan”) hendaklah tertakluk kepada pengawasan polis selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi lima tahun pada sesuatu masa dan boleh mengenakan semua atau mana-mana daripada sekatan dan syarat yang berikut:

(a)

dia dikehendaki bermastautin di dalam had mana-mana

Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung yang dinyatakan dalam perintah itu;

(b)

dia tidak dibenarkan berpindah tempat bermastautinnya ke mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa kebenaran bertulis Lembaga;

(c)

kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah itu, dia tidak boleh meninggalkan Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung yang di dalamnya dia bermastautin tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Polis Negeri yang berkenaan;

Pencegahan Keganasan 17

(d)

dia hendaklah pada setiap masa memberitahu Ketua Polis

Daerah di mana dia bermastautin mengenai rumah atau tempat di mana dia bermastautin;

(e)

dia hendaklah, pada masa atau masa-masa yang dinyatakan dalam perintah itu, menghadirkan dirinya di balai polis yang terdekat;

(f)

dia hendaklah berada di dalam rumah, atau di dalam kawasan yang ditakrifkan dalam perintah itu, pada masa yang dinyatakan dalam perintah itu, melainkan jika dia memperoleh kebenaran khas selainnya daripada Ketua

Polis Daerah;

(g)

kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah itu, dia tidak dibenarkan untuk memasuki mana-mana

Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung yang dinyatakan dalam perintah itu;

(h)

dia hendaklah hanya menggunakan kelengkapan dan kemudahan komunikasi yang diisytiharkan pada dan diluluskan oleh Ketua Polis Negeri mana-mana Negeri yang berkenaan;

(i)

kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah itu, dia tidak boleh membuat capaian internet;

(j)

dia hendaklah menjaga keamanan dan berkelakuan baik;

(k)

dia hendaklah mengikat suatu bon, dengan atau tanpa penjamin sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dan bagi suatu amaun yang dinyatakan dalam perintah itu, bagi pematuhannya yang sewajarnya dengan sekatan dan syarat yang dikenakan ke atasnya oleh perintah itu;

(l)

dia hendaklah dipasang dengan suatu peranti pengawasan elektronik.

(4)

Lembaga boleh, melalui perintah bertulis yang disampaikan kepada orang yang tertakluk kepada suatu perintah sekatan, mengubah, mengkansel atau menambah kepada mana-mana sekatan dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3).

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 769

(5)

Mana-mana orang sekatan yang tidak mematuhi mana-mana sekatan atau syarat yang dikenakan ke atasnya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun dan tidak kurang daripada dua tahun.

(6)

Mana-mana orang yang berkomplot dengan, bersubahat atau membantu mana-mana orang sekatan untuk melanggar mana-mana sekatan atau syarat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun dan tidak kurang daripada dua tahun.

(7)

Seksyen 173a dan 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai berkenaan dengan kesalahan di bawah subseksyen (5) dan (6).

(8)

Hukuman yang dikenakan di bawah subseksyen (5) dan apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis tidak boleh dipertimbangkan bagi maksud tempoh pengawasan yang dikenakan di bawah subsekyen

(3)

dan tempoh pengawasan itu hendaklah diteruskan dari tarikh tamat hukuman pemenjaraan yang dikenakan.

(9)

Suatu salinan tiap-tiap perintah tahanan yang dibuat oleh

Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada orang yang kepadanya perintah itu berkaitan seberapa segera yang boleh selepas perintah itu dibuat, dan tiap-tiap orang sedemikian adalah berhak membuat representasi kepada suatu Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan

Persekutuan mengikut tatacara yang ditetapkan.

(10)

Arahan Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kajian semula oleh Mahkamah Tinggi.

Kesahan perintah tahanan

Section 13 — AKTA PENCEGAHAN KEGANASAN 2015 | mylaw.my