Malaysia legislation

Section 34

of AKTA PENCEGAHAN KEGANASAN 2015

Seksyen 34

Peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan bentuk Daftar, dan apa-apa borang lain yang perlu atau wajar untuk digunakan berkaitan dengan perkara yang diperkatakan dalam Akta ini atau dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 769

(b)

menghendaki semua atau mana-mana golongan orang berdaftar membawa kad pengenalan, membuat peruntukan mengenai bentuk, pengeluaran, pengemukaan, pemeriksaan, pembatalan, pengubahan, pengendorsan dan penggantian kad itu, dan penggantian kad pengenalan itu dengan kad pengenalan yang dikeluarkan kepada orang itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan bagi semua perkara lain yang perlu atau wajar berkaitan dengan kad itu atau pembawaan kad itu atau penguatkuasaan peraturan-peraturan itu, termasuk penetapan penalti yang tidak melebihi denda lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya berkenaan dengan mana-mana kesalahan;

(c)

membuat peruntukan mengenai pentadbiran dan pengurusan

Lembaga, termasuk peruntukan mengenai latihan bagi anggota Lembaga;

(d)

membuat peruntukan mengenai penyelenggaraan dan pengurusan tempat tahanan dan mengenai disiplin dan perlakuan terhadap orang yang ditahan di tempat tahanan dan peraturan-peraturan yang berlainan boleh dibuat bagi tempat tahanan yang berlainan;

(e)

memperuntukkan bagi apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini.

Kecualian dan peralihan