Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Hakim Mahkamah Sesyen yang, jika tiada alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah—
(2)
Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah menjelaskan pengendalian peranti pengawasan elektronik serta terma dan syarat peranti pengawasan elektronik itu kepada orang itu.
(3)
Orang itu hendaklah menandatangani suatu borang yang dinyatakan dalam Jadual dan mendepositkan borang itu dengan
Hakim Mahkamah Sesyen itu.
(4)
Orang itu hendaklah dipasang dengan peranti pengawasan elektronik oleh seorang pegawai polis.
(5)
Orang itu hendaklah mematuhi semua terma dan syarat peranti pengawasan elektronik dan hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat pada masa yang dinyatakan dalam borang itu.
(6)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi terma dan syarat di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
(7)
Mana-mana orang yang mengganggu, atau merosakkan, peranti pengawasan elektronik melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan orang itu boleh dipertanggungkan untuk membayar bagi apa-apa kerosakan kepada peranti pengawasan elektronik itu yang berbangkit daripada perbuatannya.
(8)
Apabila habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat untuk membuka peranti pengawasan elektronik itu.