Malaysia legislation
Section 2
of AKTA LANGKAH-LANGKAH KHAS MENENTANG KEGANASAN DI LUAR NEGARA 2015
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“dokumen perjalanan” ertinya suatu pasport atau apa-apa bentuk dokumen pengenalan diri yang sah yang dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan bagi maksud perjalanan merentasi sempadan antarabangsa;
UNDANG-UNDANG malaysia
Akta 770
Akta langkah-langkah khas menentang keganasan di luar negara 2015
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 770
“harta” ertinya—
(a)
tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, harta alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; atau
(b)
dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang menjadi keterangan tentang hakmilik, atau kepentingan mengenai, aset itu, termasuk mata wang, kredit bank, deposit dan sumber kewangan yang lain, cek kembara, cek bank, kiriman wang, produk pasaran modal, draf dan surat kredit, sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia, dan termasuklah kepentingan di sisi undang-undang atau ekuiti, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, mengenai mana-mana harta itu;
“Ketua Pengarah Imigresen” ertinya Ketua Pengarah Imigresen yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63
[Akta 155];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;
“organisasi pengganas tersenarai” ertinya mana-mana entiti ditentukan yang diisytiharkan di bawah seksyen 66b dan 66c Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613];
“perbuatan keganasan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Kanun Keseksaan [Akta 574].
Pemakaian luar wilayah