Malaysia legislation
Section 5
of AKTA LANGKAH-LANGKAH KHAS MENENTANG KEGANASAN DI LUAR NEGARA 2015
Seksyen 5
(2)
Ketua Polis Negara boleh membuat suatu permintaan di bawah subseksyen (1) jika Ketua Polis Negara—
(a)
mengesyaki bahawa orang itu mungkin meninggalkan
Malaysia untuk terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing;
dan
(b)
mempercayai bahawa penggantungan atau pembatalan sedemikian adalah perlu untuk mencegah orang itu daripada melakukan perbuatan itu.
(3)
Seseorang yang dokumen perjalanannya telah digantung atau dibatalkan boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah Imigresen untuk mengkansel perintah penggantungan atau perintah pembatalan itu.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 770
(4)
Atas suatu permohonan di bawah subseksyen (3), Ketua
Pengarah Imigresen boleh mengkanselkan atau mengekalkan perintah penggantungan atau perintah pembatalan itu.
(5)
Tiada seorang pun yang dokumen perjalanan Malaysianya telah digantung atau dibatalkan di bawah Akta ini boleh memperoleh dokumen perjalanan Malaysia gantian atau sementara semasa perintah penggantungan atau perintah pembatalan di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa.
(6)
Seseorang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh sehingga dua tahun.
Permintaan bagi penyerahan dokumen perjalanan asing