Malaysia legislation
Section 7
of AKTA LANGKAH-LANGKAH KHAS MENENTANG KEGANASAN DI LUAR NEGARA 2015
Seksyen 7
(2)
Jika orang itu tidak menyerahkan dokumen perjalanan asing orang itu dengan serta-merta, pegawai polis itu boleh menyita dokumen perjalanan asing orang itu, sama ada dokumen perjalanan asing itu berada dalam milikan atau kawalannya atau tidak.
(3)
Seseorang melakukan kesalahan jika orang itu tidak menyerahkan dokumen perjalanan itu kepada pegawai polis itu dengan serta-merta setelah suatu tuntutan dibuat di bawah subseksyen (1).
(4)
Sesuatu dokumen perjalanan asing yang diperoleh oleh seorang pegawai polis di bawah seksyen ini hendaklah dengan serta-merta dikembalikan kepada orang yang kepadanya dokumen perjalanan itu telah dikeluarkan setelah habis tempoh perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 6 yang berhubungan dengan dokumen itu melainkan jika penyimpanan dokumen perjalanan asing itu dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(5)
Tiada seorang pun yang dokumen perjalanan asingnya telah disita di bawah seksyen ini boleh memperoleh dokumen perjalanan asing gantian atau sementara semasa dokumen perjalanan yang sedia ada disita.
(6)
Seseorang yang melanggar subseksyen (3) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh sehingga dua tahun.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 770
Pemulaan pendakwaan