Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA 2015

Seksyen 7

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Suruhanjaya, selain anggota yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(b), hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tempoh maksimum dua penggal berturut-turut.