Malaysia legislation

Section 11

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 11

Kebajikan Haiwan 13

(a)

dia meninggal dunia;

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;

(c)

dia menjadi bankrap;

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g)

pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

(2)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(b),

(f)

, (g), (h) atau (i) berhenti menjadi anggota Lembaga, oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 772

Mesyuarat Lembaga