Malaysia legislation
Section 13
Section 13
(2)
Suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menimbangteliti perkara yang dirujuk kepadanya oleh
Lembaga dan membuat syor yang sesuai mengenai perkara itu kepada Lembaga.
(3)
Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Kebajikan Haiwan 15
(4)
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
(5)
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula bagi apa-apa tempoh yang boleh ditentukan oleh Lembaga.
(6)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.
(7)
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
(8)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(9)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
(10)
Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada, dan hendaklah bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga.
(11)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
(12)
Suatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
(a)
minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
(b)
salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada
Lembaga dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(13)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat bagi maksud menasihati jawatankuasa tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 772
(14)
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat jawatankuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya.
(15)
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (13) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga.
(16)
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
(a)
terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, jawatankuasa; atau
(b)
terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan