Malaysia legislation
Section 16
Section 16
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang difikirkan oleh
Lembaga perlu dan berkaitan kepada permohonan itu dan Lembaga boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu ditentukan, menghendaki pemohon itu supaya memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang difikirkan oleh Lembaga perlu bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi lesen itu.
(3)
Lembaga boleh, apabila menerima suatu permohonan untuk lesen di bawah subseksyen (1), mengeluarkan lesen atau menolak untuk mengeluarkan lesen.
(4)
Jika permohonan lesen itu diluluskan oleh Lembaga, lesen itu hendaklah dikeluarkan atas nama pemohon apabila dibayar fi yang ditetapkan dan Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya perlu.
Lesen tidak boleh dipindah milik