Malaysia legislation
Section 21
Section 21
(a)
pemegang lesen atau mana-mana pekerja kepada pemegang lesen itu telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
(b)
pemegang lesen telah melanggar apa-apa syarat yang dinyatakan dalam lesen itu;
(c)
pemegang lesen tidak mematuhi apa-apa peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; atau
(d)
kebajikan haiwan itu akan terancam jika lesen itu kekal berkuat kuasa.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen itu dibenarkan untuk memohon suatu pembaharuan lesen semasa tempoh penggantungan.
(3)
Lembaga boleh, dengan memberikan suatu notis secara bertulis kepada pemegang lesen, membatalkan suatu lesen di bawah mana-mana keadaan yang berikut:
(a)
lesen telah diperoleh secara fraud atau salah nyata;
(b)
pemegang lesen tidak meremedi alasan bagi penggantungan atau mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa alasan bagi penggantungan itu tidak akan berulang dalam tempoh empat belas hari sebelum berakhir tempoh penggantungan; atau
(c)
maksud asal bagi lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud.
(4)
Lembaga boleh menghilangkan kelayakan seseorang pemegang lesen daripada memohon lesen yang lain sebelum habisnya tempoh lesen yang dibatalkan itu.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 772
(5)
Lembaga hendaklah memberikan pemegang lesen suatu notis secara bertulis sebelum Lembaga membuat suatu keputusan di bawah subseksyen (1) atau (3).
(6)
Apabila berlakunya penggantungan atau pembatalan, pemegang lesen hendaklah menyerahkan balik lesen kepada Lembaga tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh notis penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepadanya.
(7)
Lembaga hendaklah memulangkan lesen yang digantung di bawah subseksyen (6) kepada pemegang lesen selepas berakhir tempoh penggantungan itu.
(8)
Apabila lesen telah dibatalkan atau digantung, ia tidak berkuat kuasa daripada tarikh pembatalan atau semasa tempoh penggantungan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Rayuan kepada Menteri