Malaysia legislation

Section 25

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 25

(a)

butir-butir ketidakpatuhan kepada seksyen 24;

(b)

langkah-langkah yang perlu diambil oleh pemunya atau pemegang lesen;

(c)

menetapkan suatu tempoh bagi pemunya atau pemegang lesen mengambil langkah-langkah yang disebut dalam perenggan (b); dan

(d)

kesan tidak mematuhi arahan seperti yang dinyatakan di dalam notis penambahbaikan.

(2)

Pemunya atau pemegang lesen hendaklah mematuhi kehendak notis yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Jika notis penambahbaikan di bawah subseksyen (1)

disampaikan kepada pemunya atau pemegang lesen, tiada prosiding bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 24(3) boleh dimulakan.

(4)

Seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh, sebagaimana yang difikirkannya perlu, melanjutkan tempoh pematuhan yang dinyatakan dalam notis penambahbaikan itu.

(5)

Pemunya atau pemegang lesen yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Haiwan yang digunakan dalam penyelidikan, ujian atau pengajaran