Malaysia legislation
Section 26
Section 26
(a)
semua langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan keperluan fizikal, kesihatan dan kelakuan haiwan itu
Kebajikan Haiwan 23
diambil menurut Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang ditetapkan oleh Menteri;
(b)
haiwan tersebut hendaklah menerima, jika boleh dilaksanakan, rawatan yang akan melegakan apa-apa kesakitan atau keperitan yang tidak munasabah atau tidak sepatutnya apabila haiwan itu sakit atau cedera; atau
(c)
apa-apa tahap kesakitan atau keperitan itu dikurangkan seminimum yang mungkin dalam hal keadaan apabila ciri penyelidikan, ujian atau pengajaran itu tidak dapat mematuhi perenggan (a) atau (b).
(2)
Tiada seorang pun, kecuali sekolah, boleh menggunakan haiwan untuk penyelidikan, ujian atau pengajaran kecuali ia dilesenkan oleh Lembaga.
(3)
Garis panduan berkenaan dengan penyelidikan, ujian atau pengajaran haiwan di sekolah hendaklah menurut mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga.
(4)
Tiada seorang pun boleh membiakkan mana-mana haiwan untuk digunakan dalam penyelidikan, ujian atau pengajaran melainkan jika diluluskan oleh Lembaga.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, “sekolah” mempunyai makna yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pendidikan 1996
[Akta 550].
(6)
Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengangkutan haiwan