Malaysia legislation

Section 29

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 29

(a)

dengan kejamnya memukul, menyepak, melebihkan muatan, mendera atau menakutkan mana-mana haiwan;

(b)

terlebih naik atau terlebih tunggang mana-mana haiwan, kecuali untuk aktiviti yang berhubung dengan sukan ekuestrian yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576];

(c)

menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan mana-mana haiwan dipergunakan sedemikian;

Kebajikan Haiwan 25

(d)

sebagai pemunya mana-mana haiwan atau, sebagai penjaga mana-mana haiwan di dalam kurungan, tidak atau cuai untuk menyediakan makanan, minuman atau tempat perlindungan yang mencukupi untuk haiwan itu;

(e)

dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan, menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya, atau, sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada mana-mana haiwan;

(f)

menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan mana-mana haiwan dikurung, diangkut, diangkat atau dibawa dengan apa-apa cara atau kedudukan yang menyebabkan haiwan itu mengalami kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya;

(g)

mengambil kerja, menyebabkan, memperoleh atau, sebagai pemunya, membenarkan diambil bekerja apa-apa kerja atau buruh, mana-mana haiwan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit, kerengsaan, luka atau kudis, atau selainnya tidak sesuai untuk diambil bekerja;

(h)

mencacatkan mana-mana haiwan dengan apa-apa cara termasuklah memotong telinga, memendekkan ekor, mencabut gigi taring, mencabut kuku, menyelar, menindik atau mengurangkan salakan melainkan dengan apa-apa cara yang ditentukan dan diperakukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar;

(i)

melapah, memanggang atau membunuh mana-mana haiwan yang masih hidup kerana kepercayaan karut melalui tatacara yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada haiwan itu;

(j)

mengeluarkan mana-mana bahagian haiwan yang masih hidup melalui suatu tatacara yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada haiwan bagi maksud untuk mendapatkan kulit, minyak atau produk haiwan yang lain;

(k)

memasang dinamit, mengelektrikkan atau membubuh racun ke dalam mana-mana anak sungai, sungai atau jasad air yang lain bagi maksud untuk membunuh, menuai atau menangkap haiwan;

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 772

(l)

menyimpan mana-mana haiwan dengan dirantai atau ditambat dengan menggunakan rantai atau tali yang pendek atau berat, atau memincangkan kaki haiwan itu;

(m)

menyimpan atau mengurung mana-mana haiwan di dalam sangkar atau bekas lain yang ukuran tinggi, panjang dan lebarnya tidak mencukupi bagi membenarkan pergerakan semula jadi haiwan itu;

(n)

membuat tawaran jualan mana-mana haiwan yang sedang menderita kesakitan disebabkan oleh kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau perbuatan aniaya yang lain;

(o)

memiliki, tanpa alasan yang munasabah, mana-mana haiwan yang sedang menderita kesakitan disebabkan oleh kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau perbuatan aniaya yang lain;

(p)

meninggalkan mana-mana haiwan dalam keadaan yang boleh menyebabkan haiwan itu mengalami trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit;

(q)

sebagai pemunya mana-mana haiwan, dengan sengaja atau cuai menyebabkan mana-mana haiwan keluar tanpa pengawasan di mana-mana tempat ketika haiwan itu dijangkiti penyakit berjangkit;

(r)

sebagai pemunya mana-mana haiwan, dengan sengaja atau cuai menyebabkan mana-mana haiwan yang berpenyakit, tidak berupaya atau cedera untuk mati di mana-mana tempat;

(s)

menyebabkan, mendapatkan atau membantu dalam pelagaan atau pengumpanan mana-mana haiwan, atau menyimpan, menggunakan, menguruskan, atau melakukan atau membantu dalam pengurusan mana-mana premis atau tempat bagi maksud pelagaan atau pengumpanan mana-mana haiwan, atau membenarkan mana-mana premis atau tempat dijaga, diurus atau digunakan, atau menerima atau menyebabkan atau mendapatkan mana-mana orang untuk menerima, wang bagi kemasukan mana-mana orang ke premis atau tempat itu;

(t)

menggalakkan atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan menembak atau pertandingan yang haiwan dilepaskan dari kurungan bagi maksud penembakan itu; atau

Kebajikan Haiwan 27

(u)

menganjurkan, mengambil bahagian, menggalakkan atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan apa-apa sukan atau aktiviti yang melibatkan penggunaan haiwan, yang haiwan itu tertakluk kepada penganiayaan, sama ada semasa sukan atau aktiviti itu sendiri atau semasa dalam latihan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), perbuatan berikut tidaklah menjadi suatu kesalahan penganiayaan:

(a)

apa-apa perbuatan yang telah ditentukan oleh Lembaga sebagai tatacara pengurusan veterinar yang diterima pakai;

(b)

apa-apa pengumpanan mana-mana haiwan perosak bagi maksud kesihatan awam, pengawalan penyakit, pengawalan populasi dan penempatan semula bagi pemuliharaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang sah atau mana-mana orang yang diluluskan oleh Lembaga; atau

(c)

memberi makan haiwan sebagai makanan bagi haiwan lain menurut tabiat pemakanan semula jadi haiwan itu.

Pembunuhan haiwan

Section 29 — ANIMAL WELFARE ACT 2015 | mylaw.my