Malaysia legislation

Section 30

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 30

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pembunuhan mana-mana haiwan adalah dilarang melainkan jika—

(a)

pembunuhan haiwan itu bagi maksud untuk dimakan oleh manusia;

(b)

haiwan itu mengalami sakit yang tidak dapat dirawat sebagaimana yang ditentukan dan diperakui oleh seseorang pihak berkuasa veterinar atau seseorang doktor veterinar berdaftar;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 772

(c)

pembunuhan haiwan itu disifatkan perlu bagi menamatkan penderitaan haiwan itu sebagaimana yang ditentukan dan diperakui oleh seseorang pihak berkuasa veterinar atau seseorang doktor veterinar berdaftar;

(d)

pembunuhan itu dilakukan untuk mencegah bahaya yang sudah nyata kepada kehidupan atau anggota badan manusia;

(e)

pembunuhan itu dilakukan bagi maksud kawalan populasi haiwan oleh mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(f)

pembunuhan itu diluluskan oleh jawatankuasa etika haiwan pada akhir mana-mana prosedur penyelidikan, ujian dan pengajaran; atau

(g)

pembunuhan itu adalah bagi apa-apa sebab yang ditentukan dan diperakukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar.

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

“jawatankuasa etika haiwan” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh mana-mana institusi dan diluluskan oleh Lembaga;

“sakit yang tidak dapat dirawat” ertinya haiwan yang telah cedera parah atau sakit dengan prognosis genting yang diperakukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Pemberian racun