Malaysia legislation

Section 32

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 32

(a)

menyebabkan suatu pelagaan haiwan berlaku atau percubaan untuk berbuat sedemikian;

(b)

menerima wang untuk memasuki suatu pelagaan haiwan;

(c)

membuat publisiti suatu pelagaan haiwan yang dicadangkan;

(d)

memberikan maklumat tentang suatu pelagaan haiwan kepada orang lain dengan niat untuk menggalakkan kehadiran ke pelagaan itu;

(e)

membuat atau menerima suatu pertaruhan ke atas suatu keputusan pelagaan haiwan;

(f)

membuat atau menerima suatu pertaruhan ke atas sesuatu yang mungkin berlaku semasa pelagaan haiwan itu;

(g)

mengambil bahagian dalam pelagaan haiwan;

(h)

ada dalam milikannya, apa-apa yang direka atau disesuaikan bagi maksud pelagaan haiwan;

(i)

menyimpan atau melatih mana-mana haiwan bagi maksud pelagaan haiwan; atau

(j)

mempunyai mana-mana premis yang digunakan untuk pelagaan haiwan.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 772

(2)

Tiada seorang pun boleh, tanpa kuasa yang sah atau sebab yang munasabah—

(a)

hadir pada suatu pelagaan haiwan; atau

(b)

membekalkan, menyiarkan, menayangkan atau memiliki suatu rakaman audio-visual pelagaan haiwan.

(3)

Perenggan (2)(b) tidak terpakai—

(a)

jika rakaman audio-visual pelagaan haiwan berlaku di luar Malaysia; atau

(b)

jika pembekalan suatu rakaman audio-visual adalah bagi maksud pemasukan atau, penyiaran atau penayangan dalam filem, dokumentari dan berita.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

“pelagaan haiwan” ertinya suatu keadaan apabila haiwan itu ditempatkan bersama-sama dengan haiwan lain atau dengan manusia, bagi maksud berlaga, bergusti atau mengumpan;

“pembekalan suatu rakaman audio-visual” ertinya membekalkan suatu rakaman audio-visual dalam apa-apa cara termasuklah apa-apa rakaman audio-visual dalam bentuk data yang disimpan secara elektronik bagi maksud menghantar data tersebut;

“penyiaran atau penayangan” ertinya menyiarkan atau menayangkan suatu imej bergerak yang diterbitkan semula daripada suatu rakaman audio-visual melalui apa-apa cara;

“rakaman audio-visual” ertinya suatu rakaman, dalam apa-apa bentuk, yang suatu imej yang bergerak boleh dengan apa-apa cara diterbitkan semula dan termasuklah data yang disimpan dalam komputer, cakera atau cara elektronik lain yang boleh ditukarkan kepada suatu imej yang bergerak;

“usaha niaga pelagaan haiwan” ertinya apa-apa acara yang melibatkan suatu pelagaan antara sekurang-kurangnya dua haiwan dan dijalankan bagi maksud sukan, pertaruhan atau hiburan kecuali haiwan itu mempamerkan kelakuan semula jadi mereka.

Kebajikan Haiwan 31

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Kegagalan menjalankan jagaan dan pengawasan yang munasabah

Section 32 — ANIMAL WELFARE ACT 2015 | mylaw.my