Malaysia legislation
Section 34
Section 34
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh memusnahkan suatu haiwan tanpa perakuan doktor veterinar berdaftar jika ternyata kepadanya bahawa—
(a)
keadaan haiwan itu menunjukkan tiadanya alternatif yang munasabah untuk memusnahkannya; atau
(b)
tidak dapat dilaksanakan secara munasabah untuk mendapatkan perakuan doktor veterinar berdaftar pada masa itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 772
(3)
Seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh mengambil milik haiwan itu jika seseorang doktor veterinar berdaftar memperakui bahawa—
(a)
haiwan itu sedang menderita; atau
(b)
haiwan itu berkemungkinan akan menderita jika haiwan itu tidak diambil milik.
(4)
Seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh bertindak di bawah subseksyen (3) tanpa perakuan seseorang doktor veterinar berdaftar jika ternyata kepadanya bahawa haiwan itu sedang menderita atau berkemungkinan akan menderita atau tidak dapat dilaksanakan secara munasabah untuk mendapatkan perakuan seseorang doktor veterinar berdaftar pada masa itu.
(5)
Seseorang doktor veterinar berdaftar atau seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh memeriksa dan mengambil sampel daripada mana-mana haiwan bagi maksud subseksyen (1) atau (3).
(6)
Jika mana-mana haiwan diambil milik di bawah subseksyen (3), seseorang pegawai kebajikan haiwan boleh—
(a)
mengalihkan haiwan itu atau mengaturkannya supaya ia dialihkan, ke suatu tempat selamat;
(b)
menjaga haiwan itu atau mengaturkan supaya ia dijaga—
(i)
di premis di mana haiwan itu diletakkan apabila ia diambil milik; atau
(ii)
di mana-mana tempat lain yang difikirkan oleh pegawai kebajikan haiwan sesuai; atau
(c)
menandakan haiwan itu dengan menggunakan apa-apa kaedah atau apa-apa cara menurut Akta ini, atau mengaturkan supaya ia ditandakan, bagi maksud pengecaman.
(7)
Mana-mana orang boleh menggunakan apa-apa peralatan di premis yang disebut dalam perenggan (6)(b).
(8)
Doktor veterinar berdaftar atau pegawai kebajikan haiwan hendaklah memaklumkan pemunya atau pemegang lesen jika doktor veterinar berdaftar atau pegawai kebajikan haiwan menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini tanpa pengetahuan pemunya atau pemegang lesen.
Kebajikan Haiwan 33
(9)
Pegawai kebajikan haiwan itu boleh membuat suatu permohonan kepada mahkamah untuk pemunya atau pemegang lesen untuk membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung dalam melaksanakan kuasanya di bawah seksyen ini.
(10)
Bagi maksud subseksyen (3) dan (4), “milik” termasuklah pemilikan anak mana-mana haiwan yang diambil milik.
Perintah berhubung dengan haiwan yang diambil milik