Malaysia legislation
Section 35
Section 35
(a)
menyatakan apa-apa rawatan untuk diberikan kepada haiwan oleh pihak berkuasa veterinar atau mana-mana doktor veterinar berdaftar;
(b)
menyerahkan hak milik haiwan kepada mana-mana orang lain;
(c)
mengarahkan supaya haiwan itu dijual;
(d)
mengarahkan supaya haiwan dilupuskan melalui jualan atau selainnya; atau
(e)
mengarahkan supaya haiwan atau karkas itu dimusnahkan.
(2)
Jika haiwan diambil milik ketika ia bunting, mahkamah boleh membuat perintah di bawah subseksyen (1), berhubung dengan mana-mana anak yang lahir daripada kandungan tersebut.
(3)
Mahkamah boleh membuat perintah di bawah subseksyen (1)
jika—
(a)
terdapat permohonan oleh pemunya atau mana-mana orang lain yang mempunyai kepentingan yang mencukupi terhadap haiwan; dan
(b)
pemunya atau pemegang lesen telah diberikan peluang untuk didengar melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa adalah tidak dapat dilaksanakan secara munasabah untuk berkomunikasi dengan pemunya atau pemegang lesen.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 772
(4)
Jika mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh—
(a)
melantik mana-mana orang untuk melaksanakan atau mengatur untuk melaksanakan perintah itu;
(b)
memberi arahan berhubung dengan melaksanakan perintah itu;
(c)
memberikan kuasa tambahan kepada mana-mana orang, termasuk kuasa untuk memasuki premis di mana haiwan yang baginya perintah itu terpakai ditempatkan bagi maksud melaksanakan perintah itu; atau
(d)
mengarahkan seseorang untuk membayar perbelanjaan untuk melaksanakan perintah itu.
(5)
Mahkamah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, hendaklah mengambil kira keperluan untuk melindungi nilai haiwan dan mengelakkan apa-apa kenaikan perbelanjaan yang seseorang itu boleh diperintahkan untuk membayar.
(6)
Seseorang yang dengan sengaja menghalang seseorang yang menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.