Malaysia legislation

Section 4

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 4

Fungsi Lembaga

(a)

untuk memantau kerja-kerja persatuan atau badan yang ditubuhkan bagi maksud mencegah trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan;

(b)

untuk memantau kerja-kerja bagi perlindungan haiwan, termasuklah haiwan dalam rumah penyelamat, tempat perlindungan haiwan atau kawasan perlindungan;

(c)

untuk memantau keadaan tempat di mana haiwan boleh mencari perlindungan apabila haiwan itu lemah atau memerlukan perlindungan;

(d)

untuk memberikan pendidikan berhubung dengan layanan berperikemanusiaan kepada haiwan dan untuk menggalakkan pembentukan pendapat umum berhubungan dengan tindakan mengakibatkan trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan;

(e)

untuk mempromosikan kebajikan haiwan melalui ceramah, buku, poster, pameran sinematografi dan lain-lain;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 772

(f)

untuk menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan kebajikan haiwan, pencegahan tindakan yang mengakibatkan trauma, kesakitan atau penderitaan ke atas haiwan, pencegahan pembunuhan yang tidak sepatutnya dan untuk mengadakan peruntukan bagi kebajikan dan kesejahteraan haiwan;

(g)

untuk mentadbirkan, menguatkuasakan dan memastikan pelaksanaan yang berkesan Akta ini; dan

(h)

untuk melaksanakan semua fungsi sebagaimana yang dibenarkan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, termasuklah fungsi yang boleh diamanahkan kepada Lembaga di bawah arahan

Menteri.

(2)

Dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana orang, pegawai atau mana-mana pihak berkuasa dan orang, pegawai dan pihak berkuasa itu hendaklah terikat untuk mematuhi arahan tersebut.

Pewakilan fungsi Lembaga