Malaysia legislation

Section 41

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 41

Kuasa untuk memasuki premis

Walau apa pun seksyen 40, mana-mana pegawai kebajikan haiwan boleh memasuki mana-mana premis bagi maksud—

(a)

memeriksa mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang difikirkannya perlu;

(b)

menentusahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai kebajikan haiwan; atau

(c)

mengambil sampel mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang dijumpai di dalam premis yang difikirkannya perlu bagi maksud analisis tanpa apa-apa bayaran.

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut