Malaysia legislation

Section 46

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 46

(a)

adalah tertakluk kepada pereputan yang cepat dan semula jadi yang sifatnya tidak tahan lama;

(b)

boleh susut nilai dalam tempoh masa yang singkat;

(c)

boleh mati dalam masa yang singkat kerana keadaan fizikalnya yang merosot;

(d)

adalah bahan yang berbahaya, bertoksik, memudaratkan atau beracun seperti dadah yang diharamkan dan berbahaya atau karkas atau daging yang memudaratkan dan beracun;

atau

(e)

yang jagaannya adalah tidak munasabah memandangkan perbelanjaan atau kesusahan yang akan terlibat, boleh membuat suatu perintah untuk haiwan, karkas, bahan atau benda lain tersebut dimusnahkan atau selainnya dilupuskan mengikut cara yang mahkamah fikirkan sesuai berdasarkan laporan doktor veterinar berdaftar Kerajaan, dan hasil jualan itu, jika ada, hendaklah disimpan sehingga selesai prosiding jenayah itu.

(2)

Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) jika—

(a)

pemunya atau pemegang lesen itu telah diberi peluang untuk didengar; atau

(b)

mahkamah berpuas hati bahawa adalah tidak dapat dilaksanakan secara munasabah untuk menghubungi pemunya atau pemegang lesen.

(3)

Jika mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh memerintahkan seseorang untuk membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan perintah itu.

(4)

Mahkamah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, hendaklah mengambil kira keperluan untuk melindungi nilai haiwan dan mengelakkan apa-apa peningkatan perbelanjaan yang seseorang boleh diperintahkan untuk membayar.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 772

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “haiwan” termasuk anak kepada haiwan tersebut.

Pegawai kebajikan haiwan boleh meminta bantuan untuk memeriksa benda yang berhubungan dengan kesalahan