Malaysia legislation
Section 48
Section 48
Kos menyimpan haiwan, dsb., yang disita
Jika mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan oleh pegawai kebajikan haiwan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang disabitkan dengan kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan bolehlah didapatkan semula dengan sewajarnya.