Malaysia legislation

Section 51

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 51

Pelucuthakan

(2)

Jika pemunya atau pemegang lesen haiwan disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 52(3) disebabkan pelanggaran perintah di bawah subseksyen 52(1), mahkamah di mana dia disabitkan boleh, daripada berurusan atau sebagai tambahan berurusan dengan pemunya atau pemegang lesen dalam apa-apa cara lain, membuat suatu perintah untuk melucuthakkan pemunyaan haiwan itu daripada pemunya atau pemegang lesen, atau membuat suatu perintah bagi haiwan itu dilupuskan atau dimusnahkan.

(3)

Jika haiwan yang berkenaan dengan suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) mempunyai anak, mahkamah boleh memasukkan dalam perintah, pelucuthakan pemunyaan anak itu atau bagi haiwan itu dilupuskan atau dimusnahkan.

(4)

Jika mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2), mahkamah boleh—

(a)

melantik mana-mana pegawai kebajikan haiwan untuk melaksanakan atau mengatur pelaksanaan perintah itu; dan

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 772

(b)

memerintahkan pemunya atau pemegang lesen itu membayar apa-apa perbelanjaan untuk melaksanakan perintah itu.

Hilang kelayakan