Malaysia legislation
Section 55
Section 55
(2)
Apabila apa-apa item berhubungan dengan kesalahan itu disita di bawah Akta ini tetapi orang yang dikatakan melakukan kesalahan itu tidak diketahui atau tidak boleh dijumpai, mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, memerintahkan apa-apa item yang berhubungan dengan kesalahan itu dilucuthakkan.
(3)
Tiada perintah untuk melucuthakkan boleh dibuat berkenaan dengan suatu pengangkut melainkan nama pemunya dan tempat tinggalnya diketahui dan dia diberikan peluang untuk didengar.
(4)
Jika terdapat apa-apa hasil daripada jualan item yang berhubungan dengan kesalahan itu yang disita di bawah Akta ini, mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, memerintahkan apa-apa hasil itu dilucuthakkan.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, “item” ertinya apa-apa barang atau bahan berkenaan dengan suatu kesalahan yang telah dilakukan dan yang ialah suatu hal perkara berhubung dengan keterangan yang perlu untuk membuktikan pelakuan kesalahan itu.