Malaysia legislation

Section 56

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 56

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu ialah ketua pegawai eksekutif, pengarah, pengurus, setiausaha atau

Kebajikan Haiwan 45

pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa kapasiti sedemikian atau yang dalam apa-apa cara atau kepada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dituduh secara berasingan atau bersama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;

dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira sifat fungsinya atas kapasiti itu dan segala keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah-langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan ketelitian yang wajar untuk mencegah perlakuan kesalahan itu.

Kegagalan mematuhi perintah yang sah

Section 56 — ANIMAL WELFARE ACT 2015 | mylaw.my