Malaysia legislation
Section 59
Section 59
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
mana-mana anggota Lembaga, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana doktor veterinar berdaftar bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
(b)
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Menteri, Lembaga atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah
Akta ini, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.
Kesalahan yang boleh dikompaun