Malaysia legislation

Section 6

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 6

(a)

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, sebagai

Pengerusi;

(b)

seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, yang hendaklah dilantik oleh Menteri sebagai

Timbalan Pengerusi;

(c)

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

Taman Negara Semenanjung Malaysia atau wakilnya;

(d)

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan atau wakilnya;

(e)

Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan atau wakilnya;

(f)

dekan fakulti berhubung dengan veterinar, daripada suatu institusi pengajian tinggi awam yang dilantik oleh Menteri;

(g)

seorang pegawai kanan Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani yang dilantik oleh Menteri;

(h)

seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang dilantik oleh Menteri; dan

(i)

seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan yang dilantik oleh Menteri.

(2)

Menteri bolehlah, selepas berunding dengan Lembaga, melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota Lembaga.

(3)

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan

Ternak Sabah dan Ketua Penolong Pengarah (Veterinar)

Jabatan Pertanian Sarawak hendaklah menjadi anggota ex-officio

Lembaga tetapi tidak berhak mengundi sewaktu mesyuarat Lembaga.

(4)

Menteri hendaklah, selepas berunding dengan Lembaga, melantik seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menjadi Setiausaha Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 772

Anggota silih ganti