Malaysia legislation
Section 60
Section 60
(2)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Lembaga atau mana-mana pegawai kebajikan haiwan yang telah diwakilkan kuasa oleh Lembaga itu secara bertulis, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Kebajikan Haiwan 47
(3)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—
(a)
tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat; dan
(b)
mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain yang disita dari mana-mana premis boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh pegawai kebajikan haiwan selepas mengambil kira jenis kesalahan dan keadaan mana-mana haiwan, karkas, pengangkut, bahan atau benda lain mengikut terma dan syarat kompaun tersebut.
Pemulaan pendakwaan