Malaysia legislation

Section 62

of ANIMAL WELFARE ACT 2015

Section 62

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan subseksyen 24(1);

(b)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengendalian haiwan;

(c)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan haiwan yang digunakan dalam penyelidikan, ujian atau pengajaran;

(d)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengurusan dan penjagaan haiwan yang diuji kaji, yang diselamatkan, yang dipulihkan dan yang ditangkap;

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 772

(e)

untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan muatan maksimum, termasuklah apa-apa muatan disebabkan oleh berat penumpang, untuk dibawa atau ditarik oleh haiwan;

(f)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan langkah-langkah yang harus diambil dalam mengangkut haiwan sama ada melalui rel, jalan, jalan air pedalaman, laut atau udara dan dalam sangkar atau bekas lain atau dengan apa-apa cara haiwan boleh diangkut;

(g)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengendalian haiwan sebelum disembelih dan proses penyembelihan;

(h)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan latihan, perumahan, penjagaan, pameran, pertunjukan, atau bagi penggambaran persembahan haiwan atau pembiakan atau penjualan haiwan;

(i)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pelesenan;

(j)

untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini;

(k)

untuk menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun;

(l)

untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan kos yang boleh didapatkan di bawah Akta ini dan apa-apa perundangan subsidiarinya, amaun kos tersebut atau cara bagaimana ia dikira, orang yang bertanggungan terhadap pembayaran kos dan keadaan di mana mendapatkan kos boleh diremit atau dikecualikan secara keseluruhan atau sebahagiannya;

(m)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan kelayakan, pengalaman, kelakuan dan tugas pegawai kebajikan haiwan dan pembantu sukarela kebajikan haiwan;

(n)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan notis penambahbaikan;

(o)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan tatacara pengurusan veterinar yang diterima pakai;

Kebajikan Haiwan 49

(p)

untuk mengawal selia pembekal latihan atau pertubuhannya dalam bidang kebajikan haiwan termasuk modul latihan;

dan

(q)

untuk memperuntukkan apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan untuk pentadbiran sewajarnya.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Kuasa untuk meminda Jadual

Section 62 — ANIMAL WELFARE ACT 2015 | mylaw.my