Malaysia legislation

Section 30

of AKTA KEWANGAN 2015

Seksyen 30

(2)

Bagi maksud Bahagian ini, baki 108 merujuk kepada—

(a)

amaun baki bagi kredit bagi suatu syarikat pada akhir tempoh asas bagi tahun taksiran 2007 yang ditentukan di bawah subseksyen 108(8) Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa Akta Kewangan 2007 [Akta 683];

(b)

amaun baki bagi kredit bagi syarikat itu yang ditentukan di bawah seksyen 23 Akta Cukai Pendapatan (Pindaan)

2000 [Akta A1093] setakat 31 Disember 2007; dan

(c)

jika tempoh asas bagi syarikat itu bagi tahun taksiran 2007 berakhir—

(i)

pada hari selain 31 Disember 2007, mana-mana cukai yang dibayar dalam tempoh bermula dari hari pertama tempoh asas syarikat itu bagi tahun taksiran 2008 hingga 31 Disember 2007; atau

(ii)

pada 31 Disember 2007, ansuran terakhir yang dibayar di bawah seksyen 107c Akta ibu berkenaan dengan tempoh asas itu.

(3)

Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan antara mana-mana peruntukan Bahagian ini dengan mana-mana peruntukan Akta ibu, peruntukan Akta ibu itu adalah terbatal setakat ketidakselarasan itu.

Kewangan 27

Baki 108

Section 30 — AKTA KEWANGAN 2015 | mylaw.my