Malaysia legislation

Section 31

of AKTA KEWANGAN 2015

Seksyen 31

Jika dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2016 atau mana-mana tempoh asas yang berikutnya—

(a)

cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu syarikat bagi tahun taksiran 2000 berasaskan tahun semasa dan tahun taksiran yang sebelumnya dilepaskan atau diremitkan; atau

(b)

apa-apa amaun cukai yang dibayar oleh syarikat itu yang telah diambil kira bagi maksud pengiraan baki 108 itu dibayar balik, baki 108 syarikat itu, hendaklah pada hari cukai itu dilepaskan, diremitkan atau dibayar balik, dikurangkan mengikut apa-apa amaun cukai yang dilepaskan, diremitkan atau dibayar balik itu.

Amaun lebihan baki 108