Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Jika apa-apa lebihan yang genap masa dan kena dibayar oleh suatu syarikat tidak dibayar dalam tempoh tiga puluh hari selepas serahan rekuisisi yang disebut di bawah subseksyen (1), sekian banyak amaun lebihan yang belum berbayar hendaklah tanpa notis lanjut diserahkan, dinaikkan dengan suatu amaun yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada lebihan yang tidak dibayar, dan amaun yang tidak dibayar itu dan kenaikan ke atas amaun yang tidak dibayar itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hutang itu hendaklah menjadi kena dibayar dengan serta-merta kepada Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 28