Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Seksyen 41 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (7) subseksyen yang berikut:
“(8) Jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar oleh mana-mana orang kena cukai selepas hari terakhir yang ia genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang kena cukai hendaklah membayar—
(a)
bagi tempoh tiga puluh hari yang pertama yang cukai itu tidak dibayar selepas tamat tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (4), penalti sebanyak lima peratus daripada amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar;
(b)
bagi tempoh tiga puluh hari yang kedua yang cukai itu tidak dibayar selepas tamat tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (4), penalti tambahan sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar; dan
(c)
bagi tempoh tiga puluh hari yang ketiga yang cukai itu tidak dibayar selepas tamat tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (4), penalti tambahan sebanyak
Undang-Undang Malaysia 38
sepuluh peratus daripada amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar, tertakluk kepada penalti maksimum sebanyak dua puluh lima peratus daripada amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar.
(9)
Tertakluk kepada subseksyen (11), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (7) boleh dimulakan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (8)(c).
(10)
Mahkamah boleh memerintahkan bahawa mana-mana orang kena cukai yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen (7) hendaklah membayar penalti sebagaimana yang ditentukan dalam subseksyen (8).
(11)
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (7) boleh dimulakan terhadap orang kena cukai yang telah membayar amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang ditentukan dalam subseksyen (8) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (8).”.
Pindaan seksyen 43