Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Pindaan seksyen 70
Seksyen 70 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Berhubung dengan barang yang telah diimport dan dideposit dalam gudang dan yang baginya cukai boleh dikenakan ke atas barang diimport, hendaklah ada suatu skim yang dikenali sebagai “Skim Penggudangan” yang membenarkan—
(a)
cukai yang boleh dikenakan ke atas barang diimport digantung apabila barang diimport itu dideposit dalam gudang;
(b)
pembekalan barang yang dibuat antara gudang tidak diambil kira; dan
(c)
pembekalan barang yang dibuat dalam gudang tidak diambil kira kecuali pembekalan barang terakhir sedemikian yang dipindahkan sebelum peringkat duti.”.
Pindaan seksyen 86