Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Seksyen baru 29q dan 29r
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29P seksyen yang berikut:
“Penentuan perbelanjaan modal berkenaan dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang tertakluk kepada cukai barang dan perkhidmatan bagi elaun cukai pelaburan 29q.
Jika suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan di bawah seksyen 27, 27a, 27c, 27d, 27e, 27f, 27g, 27i, 27j, 27K,
27M atau 27n telah melakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran perbelanjaan modal berkenaan dengan aktiviti digalakkan
Kewangan 41
atau keluaran digalakkan bagi tempoh yang dinyatakan di bawah perenggan 29(2)(b), (c) atau (d), perenggan 29a(3)(b), (c) atau (d), perenggan 29aa(3)(b), 29B(2)(b), 29d(2)(b), 29e(2)(b),
29f(2)(b), 29g(2)(b), 29h(2)(b), 29j(2)(b), 29K(2)(b), subperenggan 29L(2)(a)(ii), 29L(3)(a)(ii), 29L(4)(a)(ii), 29L(5)(a)(ii),
29L(6)(a)(ii), perenggan 29n(3)(b) atau 29o(3)(b), perbelanjaan modal yang dilakukan oleh syarikat hendaklah tidak termasuk apa-apa amaun yang telah dibayar atau yang akan dibayar berkenaan dengan cukai barang dan perkhidmatan oleh syarikat itu sekiranya syarikat itu bertanggungan untuk berdaftar di bawah
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan gagal berbuat demikian, atau sekiranya syarikat itu layak untuk mengkredit amaun itu sebagai cukai input di bawah Akta itu.
Pelarasan perbelanjaan modal yang dilakukan yang tertakluk kepada cukai barang dan perkhidmatan 29r. (1) Jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu syarikat telah melakukan perbelanjaan modal di bawah Akta ini dan perbelanjaan modal itu tertakluk kepada apa-apa pelarasan yang dibuat berkenaan dengan cukai input bagi suatu tempoh yang dinyatakan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, amaun perbelanjaan itu bagi aset itu hendaklah dilaraskan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang tempoh pelarasan yang berhubungan dengan aset itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 tamat.
(2)
Dalam keadaan pelarasan bagi amaun perbelanjaan modal yang dibuat di bawah subseksyen (1) menghasilkan—
(a)
suatu amaun tambahan, amaun itu hendaklah disifatkan menjadi sebahagian perbelanjaan modal yang dilakukan bagi maksud Akta ini, dan tertakluk kepada seksyen 29,
29a, 29B, 29d, 29e, 29f, 29g, 29h, 29j, 29K, 29L dan 29o, hendaklah diberi kepada syarikat itu bagi suatu tahun taksiran suatu elaun berkenaan dengan amaun tambahan itu; atau
(b)
suatu amaun yang dikurangkan, apa-apa amaun elaun yang tidak sepatutnya diberi di bawah Akta ini berbangkit daripada pengurangan itu hendaklah menjadi sebahagian
Undang-Undang Malaysia 42
daripada pendapatan statutori syarikat itu daripada suatu sumber yang terdiri daripada perniagaan dalam tempoh asas pelarasan itu dibuat.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), jika suatu syarikat telah melakukan perbelanjaan modal berhubung dengan suatu aset, dan aset itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh pelarasan yang dinyatakan di bawah Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014, pelarasan kepada perbelanjaan itu hendaklah dibuat dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran pelupusan itu dibuat.
(4)
Jika suatu pelarasan dibuat berkenaan dengan cukai input di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014,
Ketua Pengarah boleh membuat suatu pengiraan atau pengiraan semula apa-apa elaun yang dibuat di bawah Akta ini atau amaun pendapatan statutori suatu syarikat bagi suatu tahun taksiran mengikut kaedah yang serupa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini, dalam tempoh asas bagi tahun taksiran pelarasan itu dibuat atau pada bila-bila masa sebagaimana perlu untuk memberi kesan kepada pelarasan itu.”.