Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Pindaan Jadual 2
(a)
dalam subperenggan 1(1), dalam takrif “bank Islam”, dengan menggantikan perkataan “mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Bank Islam 1983
[Akta 276]” dengan perkataan “ertinya suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759]”;
(b)
dalam perenggan 6, dengan memasukkan selepas subperenggan (1) subperenggan yang berikut:
“(1a) Bagi maksud subsubperenggan (1)(e)—
(a)
j i k a b a g i s u a t u t a h u n t a k s i r a n seseorang pelupus melakukan perbelanjaan bagi maksud pemerolehan atau pelupusan bagi suatu aset dan cukai input ke atas aset itu adalah tertakluk kepada apa-apa pelarasan yang dibuat di bawah Akta
Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, amaun bagi perbelanjaan itu berhubung dengan aset itu hendaklah termasuk amaun cukai input sebagaimana yang ditentukan daripada pelarasan yang dibuat dalam tahun taksiran yang pelupusan itu dibuat atau tahun taksiran yang tempoh pelarasan yang berhubungan dengan aset itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 tamat, mengikut mana-mana yang lebih awal; dan
(b)
dalam keadaan pelarasan amaun bagi cukai input itu menghasilkan—
(i)
suatu amaun tambahan, amaun itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada amaun perbelanjaan yang dilakukan;
atau
(ii)
suatu amaun terkurang, perbelanjaan yang dilakukan hendaklah ditolak daripadanya amaun itu.”;
Kewangan 41
(c)
dalam perenggan 7—
(i)
dengan menomborkan semula perenggan 7 sedia ada sebagai subperenggan 7(1);
(ii)
dengan memasukkan selepas subperenggan 7(1)
sebagaimana yang dinomborkan semula subperenggan yang berikut:
“(2) Bagi maksud subsubperenggan (1)(d)—
(a)
jika bagi suatu tahun taksiran seseorang pelupus melakukan perbelanjaan bagi maksud pemerolehan atau pelupusan bagi suatu aset dan cukai input ke atas aset itu adalah tertakluk kepada apa-apa pelarasan yang dibuat di bawah
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, amaun bagi perbelanjaan itu berhubung dengan aset itu hendaklah termasuk amaun cukai input sebagaimana yang ditentukan daripada pelarasan yang dibuat dalam tahun taksiran yang pelupusan itu dibuat atau tahun taksiran yang tempoh pelarasan yang berhubungan dengan aset itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 tamat, mengikut mana-mana yang lebih awal; dan
(b)
dalam keadaan pelarasan amaun bagi cukai input itu menghasilkan—
(i)
suatu amaun tambahan, amaun itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada amaun perbelanjaan yang dilakukan, atau
(ii)
suatu amaun terkurang, perbelanjaan yang dilakukan hendaklah ditolak daripadanya amaun itu.”; dan
(d)
dalam subperenggan 12(2)—
(i)
dalam subsubperenggan (a), dengan menggantikan perkataan “pelupusan itu;” dengan perkataan
“pelupusan itu jika pemberi itu seorang warganegara;
dan”;
(ii)
dengan memotong subsubperenggan (b); dan
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 785
(iii)
dalam subsubperenggan (c), dengan menggantikan perkataan “dalam hal pemberi yang merupakan seorang warganegara atau pemastautin tetap dan”
dengan perkataan “jika”.