Malaysia legislation

Section 44

of AKTA KEWANGAN 2017

Seksyen 44

Seksyen 33 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (10) dengan subseksyen yang berikut:

“(10)  Tiada invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai suatu cukai boleh dikeluarkan oleh mana-mana orang berdaftar—

(a)

bagi apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang bukan suatu pembekalan bercukai; atau

(b)

bagi apa-apa pembekalan berkadar sifar.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (10) subseksyen yang berikut:

“(10a)  Mana-mana orang yang bukan orang berdaftar, kecuali orang yang disebut dalam subseksyen 65(4)

dan (5), tidak boleh mengeluarkan—

(a)

suatu invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai suatu cukai atau suatu amaun yang termasuk cukai; atau

Kewangan 45

(b)

suatu invois yang berupa sebagai suatu invois cukai dengan atau tanpa cukai.”; dan

(c)

dalam subseksyen (11), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (10)” perkataan “atau (10a)”.

Seksyen baharu 34a dan 34b