Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 34
seksyen yang berikut:
“Orang berdaftar yang ditetapkan hendaklah mengemukakan maklumat tentang pembekalan yang dibuat dan pembayaran yang diterima 34a. (1) Mana-mana orang berdaftar yang ditetapkan oleh
Menteri hendaklah mengemukakan maklumat tentang semua pembekalan yang dibuat dan pembayaran yang diterima oleh orang berdaftar itu kepada Ketua Pengarah dengan menggunakan peranti dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri.
(2)
Ketua Pengarah boleh bagi maksud seksyen ini meluluskan mana-mana orang—
(a)
untuk memasang, mengkonfigurasi dan mengintegrasi peranti yang ditetapkan;
(b)
untuk memberi perkhidmatan sokongan dan penyenggaraan peranti yang ditetapkan sebagaimana yang dijadualkan atau apabila diberitahu mengenai kegagalan peranti yang ditetapkan untuk berfungsi atau beroperasi dalam keadaan biasa; atau
(c)
untuk menjalankan pemeriksaan dalam hal apa-apa tanda gangguan, kemusnahan, kerosakan, manipulasi data yang disimpan atau halangan penggunaan sah peranti yang ditetapkan.
(3)
Orang yang diluluskan di bawah subseksyen (2) hendaklah, apabila memasuki premis orang berdaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) untuk menjalankan tugasnya di bawah seksyen ini, mengemukakan, atas permintaan orang berdaftar itu, bukti kelulusan.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 785
(4)
Orang berdaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah—
(a)
pada bila-bila masa membenarkan mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan atau mana-mana orang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah untuk memasang peranti, dan untuk mengkonfigurasi, mengintegrasi atau memeriksa peranti yang dipasang di premis perniagaan orang berdaftar itu;
(b)
membuat segala usaha untuk memastikan bahawa—
(i)
peranti itu, selepas dibekalkan dan dipasang tidak dipindahkan, dimanipulasi, diusik atau diganggu; dan
(ii)
penggunaan peranti itu tidak dihalang oleh mana-mana orang atau apa-apa peranti lain;
dan
(c)
memberitahu Ketua Pengarah dengan serta-merta tentang apa-apa kegagalan fungsi dan operasi peranti yang ditetapkan dalam keadaan biasa.
(5)
Mana-mana orang yang gagal mematuhi, menghalang atau mencegah pelaksanaan seksyen ini dalam apa-apa hal melakukan suatu kesalahan.
Tanggungjawab untuk tidak memberikan, menyiarkan atau menzahirkan maklumat tentang peranti yang ditetapkan 34b. (1) Mana-mana orang yang, atas apa-apa sebab, mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa maklumat tentang peranti yang ditetapkan di bawah subseksyen 34a(1) tidak boleh memberikan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat itu melainkan penzahiran itu diperlukan atau dibenarkan—
(a)
di bawah Akta ini;
(b)
oleh mana-mana mahkamah; atau
Kewangan 47
(c)
bagi tujuan pelaksanaan tugasnya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.”.
Pindaan seksyen 41