Malaysia legislation

Section 47

of AKTA KEWANGAN 2017

Seksyen 47

Seksyen 42 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“seksyen 58” dengan perkataan “subseksyen 56(5)”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang selain orang kena cukai selepas hari terakhir yang ia genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang itu hendaklah membayar—

(a)

bagi tempoh tiga puluh hari pertama yang cukai itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai itu yang masih belum dibayar;

Kewangan 49

(b)

bagi tempoh tiga puluh hari yang kedua yang cukai itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai itu yang masih belum dibayar;

dan

(c)

bagi tempoh tiga puluh hari yang ketiga yang cukai itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai itu yang masih belum dibayar.

(5)

Tertakluk kepada subseksyen (7), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (3) boleh dimulakan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (4)(c).

(6)

Mahkamah boleh memerintahkan bahawa mana-mana orang selain orang kena cukai yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen (3) hendaklah membayar penalti sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (4).

(7)

Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (3) boleh dimulakan terhadap mana-mana orang selain orang kena cukai yang telah membayar amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (4) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4).”.

Pindaan seksyen 49