Malaysia legislation

Section 51

of AKTA KEWANGAN 2017

Seksyen 51

Seksyen 57 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “terlebih bayar atau terkhilaf bayar” dengan perkataan “terlebih bayar, terkhilaf bayar, diremitkan atau yang menjadi hal perkara pelepasan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Mana-mana orang yang—

(a)

terlebih bayar atau terkhilaf bayar apa-apa cukai, surcaj, penalti, fi atau wang lain;

atau

(b)

berhak kepada pembayaran balik cukai di bawah subseksyen 56(7) atau pembayaran balik cukai, penalti atau surcaj di bawah subseksyen 62(3), boleh membuat suatu tuntutan baginya dalam borang yang ditetapkan.”; dan

Kewangan 51

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu tuntutan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam tempoh enam tahun dari masa—

(a)

pembayaran lebih atau pembayaran terkhilaf itu berlaku; atau

(b)

kelayakan pembayaran balik itu di bawah subseksyen 56(7) atau 62(3) berlaku.

(1b)

Ketua Pengarah boleh membuat pembayaran balik cukai, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sepatutnya.”.

Pindaan seksyen 70