Malaysia legislation

Section 52

of AKTA KEWANGAN 2017

Seksyen 52

Seksyen 70 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Berhubung dengan barang yang telah diluluskan oleh pegawai kastam yang hak untuk dideposit dalam gudang, hendaklah ada suatu skim yang dikenali sebagai

“Skim Penggudangan” yang membenarkan—

(a)

cukai yang genap masa dan kena dibayar ke atas barang yang telah diimport digantung apabila barang itu dideposit dalam gudang;

dan

(b)

cukai yang dikenakan ke atas apa-apa pembekalan barang bercukai yang dibuat dalam atau antara gudang tidak diambil kira.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a) Skim Penggudangan di bawah subseksyen (1)

tidak terpakai bagi barang yang ditetapkan.”;

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 785

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Cukai hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas semua barang yang dipindahkan dari suatu gudang bagi segala maksud seolah-olah pemindahan itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia melainkan jika barang itu dipindahkan untuk eksport, untuk dideposit ke gudang lain, ke suatu zon bebas atau ke suatu kawasan ditetapkan dengan kelulusan pegawai kastam yang hak.”;

(d)

dengan memotong subseksyen (3);

(e)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan memotong perkataan “daripada Skim

Penggudangan”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dan duti” dengan perkataan “daripada suatu gudang”;

(iii)

dalam perenggan (b)—

(A)

dengan memotong perkataan “kastam atau gudang berlesen” di mana-mana jua terdapat;

dan

(B)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “disimpan” dengan perkataan “dideposit”; dan

(iv)

dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “Malaysia” perkataan “untuk pemindahan ke suatu kawasan ditetapkan atau ke suatu zon bebas”;

(f)

dengan memotong subseksyen (5); dan

(g)

dalam subseksyen (7), dengan memotong perenggan (d).

Pindaan seksyen 72

Section 52 — AKTA KEWANGAN 2017 | mylaw.my