Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Jawatan seseorang anggota Pihak Berkuasa menjadi kosong jika—
(a)
dia mati;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah seksyen 12 Akta ini atau mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c)
kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Pihak Berkuasa atau selainnya, mencemarkan nama baik Pihak Berkuasa;
(d)
dia menjadi bankrap;
(e)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(f)
dalam hal Pengerusi atau timbalan pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Menteri;
(g)
dalam hal seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(d), dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi; atau
(h)
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri di bawah subseksyen 9(1).
Jawatankuasa