Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA 2017

Seksyen 12

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Pihak Berkuasa atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Pihak Berkuasa atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Seseorang anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Pihak Berkuasa atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

"anggota keluarganya", berhubung dengan seseorang anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa, termasuklah—

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu bapanya termasuklah ibu bapa suami atau isterinya;

(c)

anaknya termasuklah anak angkat atau anak tiri;

(d)

adik-beradiknya termasuklah adik-beradik suami atau isterinya; dan

(e)

suami atau isteri anaknya, atau adik-beradiknya; dan

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa, ertinya—

(a)

seseorang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(b)

firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

(c)

pekongsi anggota itu;

(d)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota atau seorang anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau

(e)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.

Section 12 — CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA ACT 2017