Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA 2017

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"aerodrom" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3];

“kapal udara” ertinya suatu mesin yang boleh mendapatkan daya angkat di atmosfera daripada tindak balas udara, selain tindak balas udara menyongsong permukaan bumi;

"kargo" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Penerbangan Awam 1969;

"Ketua Pegawai Eksekutif" ertinya Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah subseksyen 21(1);

"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 26;

"lapangan terbang" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Penerbangan Awam 1969;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah subseksyen 5(1);

"Pihak Berkuasa" ertinya Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

Section 2 — CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA ACT 2017