Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Pihak Berkuasa, suatu cap yang mengandungi perkataan "Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia" bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Pihak Berkuasa.
(3)
Meterai perbadanan Pihak Berkuasa hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa, dan hendaklah ditentusahkan oleh Pengerusi atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
(4)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan Pihak Berkuasa dan ditentusahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
(5)
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Pihak Berkuasa atau pekerja Pihak Berkuasa yang diberi kuasa bagi maksud itu.
(6)
Meterai perbadanan Pihak Berkuasa hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Pihak Berkuasa