Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA 2017

Seksyen 5

(a)

seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

(b)

seorang wakil Kementerian Pengangkutan;

(c)

seorang wakil Kementerian Kewangan;

(d)

tidak kurang daripada empat tetapi tidak lebih daripada enam orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan

(e)

Ketua Pegawai Eksekutif yang menjadi anggota ex-officio.

(2)

Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) dan (d) hendaklah orang yang layak dan sesuai dalam kalangan orang yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman atau menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan penerbangan awam, pentadbiran atau undang-undang atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan fungsi Pihak Berkuasa.

(3)

Dalam menentukan sama ada seseorang adalah orang yang layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira—

(a)

kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Pihak Berkuasa; dan

(b)

ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Pihak Berkuasa.

(4)

Tiada seorang pun boleh menjadi anggota Pihak Berkuasa jika dia—

(a)

sedang memegang jawatan atau pekerjaan dalam atau yang berhubungan dengan penerbangan;

(b)

terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan dalam atau yang berhubungan dengan penerbangan; atau

(c)

terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh menjejaskan kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya.

(5)

Perenggan (4)(a) tidak terpakai bagi anggota yang dinyatakan di bawah perenggan (1)(b).

(6)

Mana-mana anggota Pihak Berkuasa, selain anggota yang dinyatakan di bawah perenggan (1)(b) dan (c), tidak boleh, selama dia menjadi anggota Pihak Berkuasa, memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain, sama ada yang dibayar saraan atau tidak tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri.

(7)

Menteri hendaklah melantik seorang timbalan pengerusi Pihak Berkuasa dalam kalangan anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) jika—

(a)

jawatan Pengerusi kosong;

(b)

Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau

(c)

Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

Anggota silih ganti