Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 13

(2)

Apabila pemberitahuan di bawah subseksyen (1) diterima,

Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pengendali itu dari tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah subseksyen (1) dan

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pengendali itu telah berhenti mengendalikan premis penginapan atau dikecualikan di bawah seksyen 9, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pengendali itu dari tarikh pengendali itu berhenti mengendalikan premis penginapan atau dari tarikh pengendali itu dikecualikan atau dari tarikh kemudian sedemikian sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan.