Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 15

Bagi maksud mana-mana peruntukan di bawah Akta ini berhubung dengan suatu invois, resit atau dokumen lain, seseorang pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah dikira sebagai telah mengeluarkan suatu invois, resit atau dokumen lain kepada seseorang pelancong jika butir-butir yang diperlukan telah dirakamkan dalam komputer dan—

(a)

dihantar atau dijadikan tersedia kepada pelancong melalui cara elektronik; atau

(b)

dikeluarkan atas apa-apa bahan dan bahan itu diserahkan kepada pelancong itu.

Nota kredit dan nota debit