Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Kewajipan untuk menyimpan rekod
(2)
Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah—
(a)
dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berkaitan dengan rekod itu;
(b)
dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris; dan
(c)
disimpan di Malaysia, kecuali jika diluluskan selainnya oleh Ketua Pengarah dan tertakluk pada syarat yang difikirkannya patut.
(3)
Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu menjadi tersedia boleh diakses dan ditukar ke dalam tulisan.
(4)
Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk manual dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum pertukaran itu.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Tempoh bercukai