Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 18

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pengendali yang telah diberikan tempoh bercukai bagi maksud Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] hendaklah diberikan tempoh bercukai yang sama bagi maksud Akta ini.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pengendali boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk suatu tempoh bercukai yang lain.

(4)

Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan di bawah subseksyen (3) diterima⎯

(a)

membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;

(b)

menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau

(c)

mengubah tempoh bagi tempoh bercukai atau tarikh tempoh bercukai itu bermula atau berakhir.

(5)

Walau apa pun subseksyen (1) atau (4), Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut, menetapkan semula apa-apa tempoh bercukai lain untuk pengendali itu.

Pengemukaan penyata dan pembayaran cukai pelancongan